Tuesday, January 19, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 Assalamualaikum kepada Prof Dr Normaliza. Sepanjang semester ini banyak yang saya telah pelajari tentang ilmu penterjemahan. Pengalaman kelam kabut siapkan semua kerja yang diberikan pada waktu yang singkat mengingatkan saya keadaan semasa kelas multimedia pada semester lepas. Sangat mencabar dan menguji kesabaran dan iman saya hehehe… Apa yang saya ingat sepanjang berada dalam kelas ini ialah kepentingan kualiti penterjemahan, permintaan pelanggan dan langkah-langkah yang perlu dipatuhi sebelum menterjemah. Pengalaman yang paling saya ingat sepanjang mengikuti kelas ini ialah proses mentranskripsi video-video panduan jom tulis tesis oleh Prof di akaun youtube. Yang belum subscribe sila lah subscribe. Saya diberikan tugas mentranskripsi video yang masanya ialah 25 minit. Tersangat lah menguji. Sakit tengkuk dan tangan. Rasa nak menangis siapkan. Memandangkan tugasan itu melibatkan orang lain jadi saya terpaksa menyiapkan dengan cepat. Sebab yelah kita tak tahu orang mungkin hendak siapkan kerja dengan lebih awal. Tetapi apabila dapat melihat hasil tersebut. Rasa bangga la pulak. Tambahan lagi, pengalaman melakukan penterjemahan dan huraian secara langsung secara individu dan kumpulan, bagi saya sangat menyeronokan walaupun kaki sejuk sebab takut. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa seronok dengan aktiviti itu. Ia macam memberi saya pengalaman yang sebenar bekerja sebagai translator. Bila difikir balik seronok jadi penterjemah boleh jadi kaya. Tapi fikir balik kemampuan diri jadi tak yakin la pula. Confused dengan diri sendiri ha ha ha. Selain itu, kelas ni juga buat saya teroka banyak apliksai terjemahan dan aplikasi yang memudahkan kerja saya. Contohnya, aplikasi Teamviewer. Aplikasi ini memudahkan kerja saya dan partner dengan share paparan desktop saya dengan kawan saya. Jadi ia memudahkan kami edit apa yang patut tanpa perlua hantar file di whatapps banyak kali. Satu lagi pengalaman yang saya ingat ialah semasa kelas dr laptop saya buat bunyi yang kuat macam siren bomba (tak tipu) saya cuak sangat takut laptop meletop pulak. Terpaksa force shutdown. Nasib baik waktu itu partner saya datang ke rumah untuk lakukan kerja bersama. Jadi saya tidak terlepas apa-apa informasi penting pada waktu itu. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada prof. Selama 2 semester bersama prof banyak kenangan yang saya dapat cipta bersama rakan-rakan. Setiap cabaran yang saya lalui mengajar saya untuk lebih bersabar dan redha. Untuk mencapai satu kejayaan itu bukan mudah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencuba dan terus mencuba walaupun benda tu kita rasa sangat mustahil untuk kita lalui. Di mata saya prof seorang yang sangat hebat kerana buku-buku yang prof tulis semua memberi manfaat kepada pelajar. Terutamanya, buku jom tulis tesis. Buku itu sangat membantu saya sepanjang proses penulisan fyp saya. Apa yang saya tidak fahami, buku itu yang banyak memberi tunjuk ajar. Dan penerangan yang prof berikan sangat tidak complicated. Saya suka !. Saya doakan prof sentiasa sihat dan bahagia di sisi keluarga. Terima kasih sekali lagi atas segala ilmu yang prof telah berikan. Marah prof, bebel prof semuanya, nasihat, teguran. Semoga dapat berjumpa pada masa akan datang ! 감사합니다  !


BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL 

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI 

BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM 

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1 

BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED 

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN 

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK 

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED 

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN 

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS 

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION 

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI 

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER 

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS 

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2) 

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK 

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1 

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1) 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2) 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3) 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4) 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3) 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT? 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12) 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

No comments:

Post a Comment