Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

ARDILLA BINTI MUHAMMAD ASRI 
199797

Semasa Prof Dr Normaliza menuntut pelajaran di UK. Beliau memang mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kedai-kedai Pakistan untuk mendapatkan makanan halal . Bukan pemikiran beliau sahaja ingin duduk berhampiran kedai –kedai halal malah ramai juga pelajar Malaysia yang berpendapat begitu. Di luar negara, terdapat persatuan pelajar yang akan menjemput di airport dan menunjukkan kawasan sekeliling. Terdapat ramai masyarakat melayu di UK. Oleh itu, makanan halal sangat mudah dijumpai. Masyarakat melayu juga mudah untuk pergi sembahyang  jumaat. Terdapat satu masalah apabila komuniti melayu terlalu ramai. Di UK, ada juga masyarkat melayu yang terserempak di Supermarket tetapi tidak mahu ditegur atau memandang antara satu sama lain. Mereka cuba mengelakkan diri. Prof Normaliza pergi bertegur sapa dengan seorang orang melayu ini namun, tidak dibalas senyuman ataupun sapaan. Beliau berpendapat mungkin ada orang tidak suka ditegur. Banyak jumpa melayu dari singapore dan brunei. Walaupun, ramai prang Melayu di luar negara dan kita berasa bangga tetapi tidak semua orang Melayu sama dengan kita yang suka bertegur sapa. Bila difikirkan semula Prof tidak berkecil hari kerana beranggapan mungkin orang itu memang tidak suka bergaul. Pada suatu hari, Beliau terjumpa artis dari Malaysia dan langsung menegurnya. Artis tersebut berasa terkejut. Selepas kejadian itu, apabila Prof terjumpa orang Melayu beliau hanya memberikan senyuman. Prof berpendapat kita hendaklah sentiasa menghargai orang yang berada di luar negara yang sama-sama menuntut ilmu dan mencari nafkah, sentiasalah bertegur sapa. Menetap di UK tidak boleh melebih-lebih kerana penduduk tetap tidak suka kehadiran orang Melayu terutamanya yang memakai tudung. Jika keluar dalam berkumpulan dan ramai tidak boleh terlalu menonjol dan kuat kerana akan menyebabkan segelintir masyarakat tempatan di sana berasa tidak selesa dan berang.




KEHADIRAN M6

No comments:

Post a Comment