DEFINISI
OPERASIONAL & ORGANISASI KAJIAN (BAB 1) #JOMTULISTESIS
Bab 1 seterunya kita pergi 1.8 iaitu definisi operasional. Okey agak sukar ya kadang-kadang pelajar ni dia agak keliru, operasional bermakna tentang definisi yang tentang kajian kita jalankan bukan definisi konsep. Bukanlah definisi macam contoh ada pelajar pergi buat apa makna tekstual. Satu animasi, satu cerita, satu rakyat, satu Melayu, itu salah ya. Kita bukan nak definisi itu. Kalau definisi tiap-tiap satu inilah pelajar akan rujuk kamus dewan je. Dia rujuk semua jenis kamus. Tak mahu. Jangan. Jadi operasional iaitu tentang kajian kita. Jadi biasanya definisi operasional ini minima dua ataupun maksima paling maksima pun tiga. Tentang bagaimana kita nak jalankan kajian ni supaya bila pembaca, baca baru faham. Owh ini maksudnya. Jadi kalau kita tunjuk tajuk ini kitab oleh ambil satu wacana tekstual. Okey lagi satu skrip, animasi, cerita rakyat Melayu. Boleh kalau kita nak ambil bezakan skrip animasi. Jadi satu skrip animasi yang takde kaitan pulak skrip animasi apa. Jadi kitab boleh teruskan untuk tajuk ini mungkin ada dua. Tajuk yang lain mungkin ada tiga. Kalau kita ambil tajuk daripada kejuruteraan. Contohnya, mungkin operasional ada banyak. Sebab kita dia ada banyak dia punya pembolehubah dekat dalam tu. Kalau daripada apa nama yang kalau buat tesis science pun begitu. Ada banyak pembolehubah yang membolehkan kita membuat definisi operasional. Supaya pemeriksa faham apa kaitan tu dalam dengan dalam tesis tersebut. Kalau dari segi, kalau kita tengok tesis dan bentuk ekonomi pun begitu. Kita ada banyak dia punya pembolehubah. Jadi akan mungkin lebih daripada tiga. Jadi untuk yang ini kita fokus kepada dua. Ni saya bagi contoh ya. Jadi awak boleh berat dalam macam ni. Kemudia letak contohnya wacana dan tekstual. Tapi wacana tekstual ni awak nak kaji nak buat definisi operasional ni mesti berkaitan dengan kajian. Ya mesti berkaitan dengan kajian dan pastikan bahawa bukanlah yang bermakna yang kena ambil rujukan daripada perlu ada rujukan. Ini perlu ada rujukan. Ada satu cara, satu maknanya awak buat wacana tekstual. Orang kata apa berkaitan dengan kajian awak. Wacana tekstual yang berfokus kepada skrip animasi. Wacana ini yang berfokus kepada skrip animasi. Wacana ini wacana tekstual ini akan di analisis dengan menggunakan tiga elemen. Ni contoh lah ya. Contoh tiga elemen iaitu kandungan konteks dan andaian. Jadi wacana tekstual menurut buku Normaliza Abd Rahim (2019), wacana tekstual boleh jadi rujukan. Dia juga 1.8.2 iaitu skrip animasi cerita rakyat ni. Jadi ini kenalah berkaitan dengan kajian awak. Apa dia huraikan serba ringkas. Skrip animasi, cerita rakyat ini terdiri daripada 20 cerita sebab dalam awak punya tesis, awak punya analisis 20 cerita. Jadi ni cerita tersebut skrip berbentuk apa dia. Jadi huraian mungkin yang ini skrip animasi, cerita rakyat ni awak huraikan ialah kita nak berkaitan tentang kajian kita. Jadi takde rujukan awak nak letak takpe boleh diterima sebab definisi yang ini memang berkaitan dengan kajian awak. Jadi ada dua cara. Satu cara mempunyai rujukan. Ini ada rujukan jadi yang kedua tiada rujukan maknanya awak buat huraian. Huraian tentang wacana tekstual tu dari segi konteks awak punya tesis. Jadi takde rujukan. Dia boleh diterima tetapi macam saya katakan sebelum ini. Rujuk penyelia. Kalau rujuk pengenalan, penyelia ada macam saya katakana sebelum ini. Ini kita berbeza pendapat. Berbeza sekolah jadi difference school of tough. Jadi pemikiran kita berbeza. Jadi pemikiran penyelia kalau ada satu juta penyelia kita ada satu juta pemikiran yang berbeza. Jadi terpulang kepada penyelia. Jadi kalau saya tiba-tiba hari ini saya kata okey memang tak perlu sebab bagi saya definisi operasional ni tentang kajian bagaimana awak nak jalankan kajian. Nama pun operasional. Jalankan kajian bahan kita nak definisi konsep bukannya kita apa jadi kalau ada rujukan pastikan kalau nak buat rujukan tak boleh ya. Ini tak boleh rujuk kamus. Dah kenapa nak rujuk kamus. Tak payah. Kena rujuk daripada kajian-kajian. Banyaknya rujuk kamus yang kata menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana tekstual iyalah bla bla bla. Tak boleh. Tak boleh itu pun kita pun tahu. Jangalah rujuk kamus. Dah kenapa kan. Jadi kita rujuk rujukan. Rujukan kajian-kajian daripada orang lain ya. Saya kata satu boleh rujuk kedua tiada rujukan boleh dan terpulang kepada penyelia masing-masing. Jadi kalau diterima itu iyalah akurlah. Ikut cakap dia. Jadi sekarang ini kalau kita lihat setelah ambil definisi operasional. Kita ada teruskan iaitu kat belakang ini ada ya subtopik 1.9 iaitu organisasi kajian. Okey organisasi kajian ini sebenarnya terpulang kepada individu. Kepada pelajar dan juga penyelia. Yang ini biasanya saya akan suruh untuk pelajar PHD. Pelajar PHD saya akan suruh letakkanlah organisasi kajian. Kadang-kadang pelajar Master pun boleh kalau tak letak pun takpe. Ini boleh pilih. Jika perlu organisasi kajian ini awak buat dalam bentuk perenggan. Jadi perenggan pertama apa ada dalam bab 1. Kemudian perenggan seterusnya perenggan 1 apa ada dalam bab 1. Perenggan 2 apa dalam bab 2 perenggan 3 ni kita nak organisasi. Kita nak buat secara ringkas supaya bila penyelia baca dia rasa owh bab 1 ada bend ani rupanya. Bab 2 ada bend ani rupanya. Bab 3 ada ni, jadi organisasi penyusunan. Penyusunan tesis kita secara teratur. Jadi perenggan dalam ringkas sahaja. Ringkas sahaja kerana macam saya nyatakan kat sebelum ini setiap baba da pengenalan. Pengenalan tu kita dah katakana dah apa ada dalam bab tesebut. Tetapi dalam organisasi kajian ini kita kena nyatakanlah secara ringkas apa ada dalam tiap-tiap perenggan. Jadi untuk pelajar PHD memang saya wajibkan supaya dia sendiri boleh faham apa ada dalam tiap-tiap bab. Kalau pelajar Master bolehlah kalau dia nak barat. Tak barat pun takpe. Pelajar bachelor pun takpe. Diploma pun takde masalah kalau ada yang nak buat. Pokoknya terpulang kepada penyelia. Dan akhir sekali 1.10 baru masuk kesimpulan. Semua dah saya macam saya katakana tadi semua dah mesti ada kesimpulan. Takde kesimpulan manalah boleh. Kita nak simpulkan apa ada dalam bab tersebut. Jadi ada yang saya dapati tesis takde kesimpulan tentang macam ni. Bila tergantung habis je terlupa yang ini. Jadikan, kita tengok dah masuk bab 2. Jadi takde kaitan langsung dengan bab 2. Tak boleh. Kita kena ada kesimpulan, kesimpulan ini kita simpulkan apa ada dalam bab 1 dan juga ingat ayat akhir. Ayat akhir kita kena letak kaitakan dengan bab seterusnya. Bab seterusnya iaitu bab 2 akan membincangkan sorotan kajian bla bla bla. Jadi bolehlah kita dapati bahawa ada kesinambungan antara bab 1 dan bab 2. Jadi serupa juga macam saya terangkan dalam bab 2 lain. Dalam bab kesimpulan mestilah ayat akhir mesti ad akita nyatakan apa ada dalam bab seterusnya. Jadi penting ada kesimpulan. Tapi tulah macam saya katakana tadi, different crost tough. Jadi bila berbeza takpelah kita redha dan kita terima. Okey dah bab 1. Ini kita dah bersemangat dah bab 1 kita ni maknanya kita dah habis bab 1. Lupa nak cakap berapa halaman bab 1 ya prof? Okey bab 1 ini kita biasanya halaman ya, halaman bab 1 ni kita sebab kita dah masuk dia punya orang kata apa latar belakanglah, persoalan, kita punya masalah kajian semua tu lebih kurang lapan hingga 10 sahaja. Inikan yang saya katakan ada pelajar letak sampai 30 halaman dia akan jadi macam seolah-olah buat sorotan kajian. Itu dah salah sebab masalah kajian kita ambil betul-betul penting masukkan dekat dalam tu. Sedangkan kita tahu bahawa dalam bab 2 memang banyak ada jurang dekat situ. Jadi itu pun semua adalah masalah tetapi kita ambil yang penting sahaja. Jadi bila dia letak masalah kajian itu ada 30 bermakna dah memang jadi sebanyak 15 halaman dijadikan 30. Dah salah dah. Sebabnya yang penting sekarang ini dia akan jadi samalah dengan bab 2. Dia jadi masalah kajian itu perenggan lebih. Bersemangat sangat dia tulis permasalahan kajian dia jadi 15 halaman. Ya itu memanglah sikit dah jadi macam sorotan kajian. Dah jadi salah. Jadi saya katakana tadi permasalahan kajian itu kita fokuskan ikut objektif. Objektif ada dua. Dua perenggan masalah kajian, objektif ada tiga, tiga perenggan ia dapat padat dekat dalam tu. Walaupun ringkas tetapi padat. Jadi dikaitkan dengan objektif tapi yang selebihnya sorotan ataupun jurang penyelidikan yang lain mempunyai masalah ada dalam bab 2. Jadi pelajar boleh rujuk disitu. Jadi ni kita buang kita letak lebih kurang macam ni. Paling lebih 12 muka surat. Tapi jangan kurang daripada lapan. Dah jadi macam kurang halaman. Jadi lebih sikit boleh. Kalau nak sampai 15 pun boleh. Boleh diterima. Sebab mungkin dia bersemangat nak tulis latar belakang., Tak ada masalah. Tetapi janganlah lebih. Lebih sampai 15. 15 tu orang kata dah tak bolehlah kita takut dia jadi seperti macam saya katakana tadi seperti sebulat bab 2. Jangan. Jadi bila bab 2 tu mulalah pemeriksa akab clash ini tak boleh. Ini tak boleh. Clash dia potong-potong. Saya kalau misalnya panjang sangat saya lipat halaman terus saya Tulis kat sini sepatutnya masuk bab 2. Sebab masa viva senang saya ingat yang saya lipat tu adalah setebal-tebalnya yang ada kertas pun ada masalah kajian. Sebab dia berleter je lebih dekat dalam tu entah pape menurut pendapat sayalah. Bukan saya maksudkannya pendapat dia. Dia kata ianya seperti bahawa pelajar ini memang tidak suka belajar. Masa tu baca kertas awak tu siapa yang awak kata awak dapati dia boleh tengok sekali. Itu dia kata pelajar tak suka mengira contohnya. Dia dapati sekali itu pun dia tengok anak buah dia masa raya. Masa raya yang dia jumpa dua minit. Lepastu dia kata anak buah dia pergi main dekat belakang. Itu dia dapati budak tak nak mengira 1 sampai 20. Dia tidak tahu bahawa hari raya siapa pulak nak mengira 1 sampai 20. Kena pulak buat ujian, ujian depan bapak saudara. Nak kena baca sifir pulak kat depan tu. Kalau di abaca sifir dapat duit raya banyak tidak apa la juga. Okey jadi kita ingat ya dalam bab 1.
DEFINITION OF OPERATIONAL & STUDY
ORGANIZATION (CHAPTER 1) #JOMTULISTESIS
PAUTAN VIDEO :
Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). Definisi Operasional dan Organisasi Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis. Diakses pada Januari 8, 2021 melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=6bANk-CrrhI
SUBSCRIBE :
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.
KEHADIRAN :
No comments:
Post a Comment