3.PERSOALAN
KAJIAN/OBJEKTIF KAJIAN (BAB 1) #JOMTULISTESIS
Bab 1, 1.4. Kalau kita tengok di sini, 1.4
Persoalan kajian dan objektif kajian 1.5. Jadi kita ambil persoalan kajian.
Okay. Jadi persoalan kajian dengan objektif kajian perlulah sejajar. Okay.
Perlu sejajar. Kerana ia berkaitan. Jadi sekarang ini, contoh, kita ambil
contoh yang ini. Persoalan kajian. Tengok beza sini. Mengenal pasti wacana tekstual
skrip animasi cerita rakyat Melayu. Ini objektif dia. Apakah wacana tekstual
skrip animasi cerita rakyat Melayu. Jadi ini kalau misalnya objektif dia dan
persoalan dia ini ada satu. Jadi persoalan dia teruslah. Maknanya kita boleh
faham dah. Tapi kalau contohnya “menganalisis kesan skrip animasi cerita rakyat
Melayu dalam kalangan pelajar sekolah”, kita boleh jadi dua soalan daripada
satu objektif iaitu “Sejauh manakah kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu
dalam kalangan pelajar sekolah rendah?” “ Bagaimanakah pelajar memberi pendapat
menerusi skrip animasi cerita rakyat Melayu?”. Jadi kedua-dua soalan ini
sebenarnya akan menjawab objektif dua. Kena ingat ya. Apa sahaja dalam objektif
ini kita kena persoalkan semula. Sebab kita nak tahu bahawa sejauh mana kesan
itu. Bagaimana cara dia? Jadi itu akan menjawab objektif ini. Jadi bila kita
analisis data ini, memang ini akan terjawab. Okay. Serupa juga, macam contohnya
“ Menghasilkan repertoir perbualan melalui animasi cerita rakyat Melayu dalam
kalangan pelajar sekolah rendah. Yang ini sebenarnya ada temu bual. Temu bual
dalam kalangan pelajar sekolah rendah tentang skrip animasi tersebut. Jadi, dia
bagi pendapat. Jadi, persoalannya “Sejauh manakah repertoir dibina melalui ini
ini ini”. Bagaimana? Dan apakah cara perbualan? Jadi ini terjawablah dalam tu.
Bagaimana. Apakah cara perbualan dia? Adakah dia cara perbualan dia memang
berdua atau bertiga atau berempat. Ataupun memang dia duduk, dia sorang. Tapi
nak kata seorang, dia nak berbual dengan siapa pula. Okay. Mungkin dengan penyelidik.
Soalan ketiga “Apakah kategori repertoir?” Jadi maknanya dia hasilkan
repertoir, ada tiga soalan di sini. Sejauh manakah? Apakah cara perbualan?
Apakah kategori dia? Memang setelah itu nanti bila kita menganalisis data,
memang kita akan dapati akan terjawablah soalan ketiga-tiga ini. Jadi, bukanlah
semestinya, satu objektif, satu. Boleh juga satu objektif, tiga soalan. Tapi
sebenarnya, bila kita analisis data, memang akan terjawab tiga-tiga soalan ini.
Macam yang nombor 2, analisis kesan skrip animasi akan ada dua persoalan. Bila
kita analisis memang kita jawablah dua soalan ini. Macam itu. Kita dapati
bahawa memang kita jawab dua-dua soalan ini. Bila yang objektif satu “Mengenal
pasti wacana tekstual” memang kita akan ada satu. Contohnya. Boleh juga nak
buat dua. Tapi kita tengoklah cara kita analisis data itu terjawab tak soalan
ini. Bila kita buat analisis, kita tengok balik soalan. Terjawab tak? Jadi bila
dah terjawab tu memang betullah. Jadi, janganlah kita letak semua tiga-tiga
objektif atau semua dua-dua objektif, semua ada satu sahaja soalan. Jadi kita
boleh letak dua atau tiga. Kadang-kadang ada pelajar ada letak sampai empat.
Sebab dia nak pastikan bahawa bila dia analisis data itu, memang terjawab
empat-empat soalan tersebut. Kalau contohnya “Menghasilkan buku panduan
penulisan skrip animasi cerita rakyat”. Contohnya, kalaulah pelajar itu buat
ada empat objektif,. Jadi sejauh manakah buku panduan penulisan skrip animasi cerita
rakyat dihasilkan. Apakah cara untuk menghasilkan buku panduan skrip animasi
cerita rakyat? Jadi, yang ini memang ini akan jadi kebaharuan. Yang nombor
ketiga, keempat kebaharuan bagi awak punya tesis. Benda baharu yang kita nak
sebarkan ke seluruh dunia. Jadi yang ini kita akan ada dua persoalan di sini.
Sejauh manakah buku panduan dihasilkan? Apakah cara dia? Jadi bila buat ini
memang kita pastikan bila kita analisis data, kita pastikan data kita terjawab
dua-dua soalan ini. Jadi bila kita nak tulis, objektif, kita pastikan, kita
persoalkan. Apa benda yang kita akan dapati. Bila kita analisis data nanti.
Adakah ini? Adakah itu? Jadi sebab itulah kita ada beberapa soalan untuk satu
objektif. Ini ada dua soalan untuk satu objektif. Ini ada tiga soalan. Ini ada
ini. Tapi soalan dia memang berkisarkan tentang objektif ini tadi. Tak lari.
Tak lari. Tetapi memang ini sebagai penyelidik yang bagus, memang akan
persoalkan supaya nanti bila kita macam ini “ Dibina repertoir, sejauh mana
repertoi dibina?” Lepas itu, apakah cara perbualan dia. Cara perbualan dia itu
kita kena huraikanlah. Apakah kategori? Sebab kita nak kategorikan repertoir
tersebut. Untuk objektif ketiga ini. Jadi kita pastikan kita jawab semua soalan
ini ya. Jadi, pelajar semua, harap bila kita dah lihat apakah objektif kita,
kita pastikan bahawa persoalan kita itu menjawab soalan. Menjawab melalui
objektif kita. Dan kita kena pastikan bahawa semula saya katakan bahawa apa
yang kita analisis akan terjawablah soalan-soalan yang kita tanya. Pada diri
kita. Persoalan ini. Dan pemeriksa bila dia baca, oh okay. Soalan dia begini,
memang saya dapati ada dalam bab 4. Okay soalan dia begini, okay kita memang
dapati bahawa memang pelajar tulis dalam kategori. Kategori repertoir itu. Dah
bagi repertoir. Bermakna memang tesis ini berjaya. Sebab dia boleh menjawab
persoalan daripada objektif yang telah dia cadangkan untuk tesis dia. Jadi
pastikan bahawa, 1.4 persoalan kajian, 1.5 objektif. Perkataan ini. Perkataan
ini yang diambil. Ini. Seperti ini. Mengenal pasti, menganalisis, menghasilkan.
Ini ada dalam sini. Kalau kita dapat lihat, awak kena pastikan bahawa objektif
satu yang awak pilih itu, perlulah dari. Kalau kita lihat di sini. Kejap. Saya
ada cadangkan ia di sini. Cadangan senarai kata kerja. Ini ya. Kata kerja
operasional taksonomi Bloom. Jadi, kita pastikan objektif satu itu rendah.
Okay. Kalau C1 itu, dia rendah. Rendah. Macam tadi mengenal pasti ada ya.
Mengenal pasti. Kemudian, bila objektif 2, kita nak analisis. Kena yang tinggi.
Kena kita tinggi. Kita tengoklah mana yang bersesuai. Kita baca dulu. Yang mana
kita bersesuai untuk objektif kedua. Kalau untuk aplikasi, apa dia. Untuk
analisis, apa dia. Ini kita tadi pilih untuk objektif kedua, analisis. Itu dah
tinggi. Dah C4. Maknanya kita memang analisis, analisis secara mendalam. Secara
mendalam. Kemudian, kita nak letakkan menghasilkan itu. Kita letak C6. Kita nak
hasilkan tadi kan. Ingat tak kita nak hasilkan repertoir atapun kita nak
hasilkan buku panduan ke apa ke. Itu perkataan-perkataan dia. Jadi, ini
pastikan bahawa janganlah objektif 1 satu awak ambik C5, awak nak nilai.
Tiba-tiba objektif 2 rendah pula. Awak masuk pula mengenal pasti. Dah salah.
Dia mesti daripada kecil, daripada mudah. Ini dikira mudah. Hinggalah kita
naik-naik sehinggalah ke C6. Jadi pastikan pemilihan perkataan-perkataan ini,
yang bersesuaian dengan objektif. Bersesuai. Dan juga ikut tahap dia. Rendah ke
tinggi. Objektif 1 rendah, objektif 2 tinggi sikit, objektif 3 lagi tinggi.
Janganlah objektif satu rendah, objektif 2 awak letak okay tinggi betul. C6
tadi. Kemudian objektif tiga awak turun pula balik. Salah. Kena ikut tingkat. Macam
kita naik tangga. Rendah, naik, naik. Jadi ambil daripada sini. Pastikan bahawa
perkataan itu bersesuaian dengan objektif kita. Jadi kena bersesuai. Dan lagi
satu. Lagi satu, bila kita tulis objektif ini. Contoh mengenal pasti. Ada pula
pelajar nombor 2 mengenal pasti juga. Kemudian nombor 3, mengenal pasti lagi.
Nombor 4 mengenal pasti. Dah empat-empat mengenal pasti. Jadi itu tak boleh.
Itu semuanya tahap yang rendah. Tahap yang rendah ini tidak bersesuaian. Asyik
nak mengenal pasti saja. Dah kenapa kan. Kita nak juga analisis. Jadi tak
boleh. Jadi macam ini, yang saya bagi contoh ini kalau dia buat empat objektif.
Biasanya objektif ada tiga sahaja. Kalau ada empat pun, kalau yang ini dia
hasilkan repertoir, ini buku panduan. Ini berbeza. Jadi, bolehlah dia nak
tukar. Contohnya menghasilkan. Jadi dia boleh nak tukar. Kalau kita tengok
sini. Ada banyak. Kita ada. Mengatur, mengkategorikan, menyusun, membangun. Ada
banyaklah. Merencana, merumuskan pun boleh. Kita letak ini merumus. Jadi kalau
misalnya ini sudah C6. Bolehlah C6 ini, C6 yang ini. Jadi boleh rujuk dalam
buku ini. Kalau tidak ada pun boleh rujuk dekat internet. Kalau jumpa. Okay.
Pastikan ya. Ingat. Saya katakan tadi. Saya ulang balik. Pastikan kategori dia
daripada rendah, kemudian tinggi sikit, kemudian tinggi lagi. Okay. Supaya
nampak dia punya perbezaan. Cara kita nak menganalisis data tersebut. Jadi
pemilihan perkataan ini amat penting dalam penulisan objektif kajian.
3.RESEARCH
QUESTION/ RESEARCH OBJECTIVES (CHAPTER 1) #JOMTULISTESIS
PAUTAN VIDEO :
Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). 3. Persoalan Kajian/Objektif Kajian ( Bab 1) #JomTulisTesis. Diakses pada Januari 8, 2021 melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=lTV4bXMeYcw
SUBSCRIBE :
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Penerbit
Universiti Putra Malaysia Serdang.
KEHADIRAN :
No comments:
Post a Comment