ARDILLA 199797 |
Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah
semula dengan menggunakan ayat sendiri
(Jangan menyalin (copy paste) daripada
artikel atau buku).
Huraian :
Dalam penulisan tesis
tidak dibenarkan menyalin atau menciplak penulisan daripada tesis lain. Pelajar
hendaklah melakukan parafrasa pada ayat atau rujukan yang dilakukan supaya
tidak terlibat dengan plagiat.
2. Menggunakan Turnitin
atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
Huraian :
Sebelum menghantar
tesis penuh pelajar hendaklah memeriksa penulisan tesis di Turnitin atau tool
yang lain untuk mengelakkan plagiat yang berlebihan.
3. Membuat rujukan
daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian :
Pelajar hendaklah melakukan rujukan
daripada bahan utama seperti jurnal, tesis atau bahan ilmiah yang lain supaya
setiap rujukan tersebut sahih dan asli.
4. Membaca banyak
artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan
(minimum 50 artikel).
Huraian :
Untuk menulis tesis yang sempurna pelajar hendaklah membaca sebanyak mungkin artikel-artikel terkini supaya dapat input dan lebih memahami kajian yang akan dijalankan.
5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.
Huraian :
Menyertai seminar atau persidangan
berkaitan kajian dapat memabntu pelajar memperoleh maklumat dan dapat
mengembangkan idea untuk menulis tesis.
6. Berbincang dengan
penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang
dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
Huraian :
Perbincangan berkala dengan penyelia
hendaklah dilakukan supaya setiap perkembangan kajian dapat dipantau dengan
baik. Penyelia dapat memberi tunjuk ajar dengan lebih jelas sekiranya pelajar
mempunyai keraguan dan tidak memahami sesuatu perkara.
7. Jumlah halaman (lebih
kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50
halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif
dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian :
Jumlah halaman adalah penting. Pelajar hendaklah
menulis kajian berdasarkan halaman yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
8. Keseluruhan tesis
seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150
(Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan
universiti.
Huraian :
Jumlah halaman untuk tesis adalah
tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.
9. Membuat perancangan
atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian :
Perancangan yang teliti dapat membantu
pelajar menyiapkan tesis pada masa yang ditetapkan.
RUJUKAN
KEHADIRAN M11
No comments:
Post a Comment