2. PERNYATAAN
MASALAH/MASALAH KAJIAN (BAB 1) #JOMTULISTESIS
Jadi bab 1 kita teruskan 1.3 pernyataan
masalah. Okay. Pernyataan masalah. masalah ataupun masalah. Okay. Dalam
pernyataan masalah biasanya pelajar mempunyai masalah ya. Nama pun pernyataan
masalah. Masalah macam mana nak tulis pernyataan masalah. Ini sangat kritikal dan
sangat penting. Kadang-kadang pelajar dia letak sampai 10 halaman. Masalah nak huraikan tentang penyataan
masalah. Bila kita baca langsung tidak ada masalah. Jadi berhati-hati dan juga
pelajar selalu letak pernyataan masalah tu dia letak yang dia rasa, macam “saya
dapati bahawa pelajar tidak pandai mengira 1 hingga 10”. Awak tu siapa. Jadi
kita tak boleh, kita kena ada rujukan. Pernyataan masalah, rujukan merupakan
perkara yang penting. Perkara yang penting. Maknanya kita perlu rujuk. Perlu
rujuk siapa yang punya kajian yang menunjukkan bahawa ada masalah dalam kajian tersebut.
Ataupun kenyataan daripada orang ini atau daripada Normaliza Abd Rahim, 2019
mendapati bahawa pelajar kurang berminat untuk, untuk mendengar ataupun untuk
mendengar cerita berbentuk sekian sekian sekian. Jadi itu dah menunjukkan macam
menunjukkan benda negatif. Dan juga huraian daripada kajian Normaliza Abd Rahim
itu mendapati bahawa lima pelajar didapati, didapati tidak boleh menggunakan
kata kerja dalam dalam penulisan karangan. Contoh dia. Dan itulah dah nampak
masalah. Sebab masalah itu bila kita dapati kita huraikan sikit. Kemudian
masalah Normaliza Abd Rahim tu tadi disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Nur
Maisarah Roslan, 2019 yang mendapati bahawa pelajar tidak dapat mengenal pasti
kata kerja dalam dalam membina, membina soalan. Contoh dia. Contoh ya. Jadi,
jadi. Adalah sokong. Dua kajian ini sokong timbulnya masalah tersebut. Okay.
Barulah betul. Jadi itu yang menunjukkan masalah huraian kita tu. Jadi
sekarang. Jadi pelajar biasanya buat macam mana. Dia pergi buat. Okay contohnya
kajian itu tentang kata kerja. Yang awak punya kajian tentang kata adjektif.
Jadi awak boleh buat kajian oleh Normaliza Abd Rahim tidak berfokus kepada
kajian tentang kata adjektif. Itu dikatakan pernyataaan salah. Salah tu. Tidak
boleh. Tidak boleh. Tidak boleh macam seolah-olah memanglah dia buat kata kerja
sebab kata kerja, kata kerja sebab dia berfokus kepada kata kerja. Tetapi awak
tak bolehlah kata dia tak buat pasal kata adjektif. Memanglah tak buat kata
adjektif sebab dia berfokus kepada kata kerja. Jadi salah begitu ya. Jadi
huraian di sini ini macam saya katakan tadi perlu ada ayat yang dikatakan oleh
pengkaji tersebut dalam artikel dia. Jadi pernyataan masalah ini terbahagi
kepada objektif. Kalau contoh objektif
ada dua, ada dua perenggannya di sini. Kalau objektif ada tiga, makna ada tiga
perenggan. Satu, dua, tiga. Jadi huraian dalam ini huraian daripada kajian. Dan
disokong oleh siapa. Okay. Disokong oleh siapa. Ayat macam saya katakan tadi
ya. Kemudian, hujung ayat itu, Awak kata “Justeru kajian ini” sebab berkaitan
dah nampak jurang penyelidikan dalam ini. “Justeru kajian ini mengenal pasti,
mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi bla bla bla”. Sebab didapati kat
sini ini bahawa kajian itu mendapati bahawa pelajar contohnya. Pelajar ataupun
skrip animasi tidak melambangkan apa dia, apa dia. Jadi kajian itu menurut
orang tu. Orang tu cakap. Bukan kita yang cakap, orang tu yang cakap. Jadi
serupa juga dengan yang ini, kena ada sokong. Kajian ini didapati ada masalah
dalam kajian tu pelajar tidak boleh mengenal pasti kata adjektif contoh dia.
Kemudian, “justeru kajian ini ingin menganalisis kata adjektif yang terdapat
dalam penulisan karangan kanak-kanak”. Macam contoh, pernyataan masalah ketiga okay.
Menurut Norwida Roslan, 2019 pelajar didapati tidak boleh, tidak berminat dan
tidak boleh mengira nombor satu sehingga dua puluh. Contoh dia. Kajian dia.
Kajian dia didapati begitu. Jadi, justeru kajian ini ingin menganalisis okay.
Menganalisis apa nama, pengiraan ataupun aktiviti pelajar dalam mengira nombor
dari satu hingga dua puluh. Jadi kita kena kaitkan dalam hujung ayat perenggan
itu, kaitkan dengan objektif ini. Hujung ayat ini, kaitkan dengan objektif ini.
Hujung ayat ini kaitkan dengan objektif ketiga. Jadi, barulah ada pernyataan
masalah ini berkaitan dengan awak punya objektif. Jadi, rujukan. Dalam rujukan
yang dalam yang ini. Dalam permaslaahan kajian ini perlulah lima tahun ke
belakang. Kita tak boleh la. Kita ambik apa nama pernyataan masalah daripada
kajian yang lama-lama. Sebab kita kena faham bahawa kajian yang dijalankan
sekarang ini semuanya dah berbeza ya. Dah berbeza dengan kita mempunyai teknik.
Dunia digital jadi budak-budak pun pandai. Macam yang saya katakan sebelum ini,
zaman dulu boleh la kata “Ei budak ni pandai betul. Cerdik betul. Kita tanya
satu soalan, dia jawab sepuluh jawapan. Pandai”. Tetapi dalam dunia digital
sekarang ini berbeza. Yang mana sekarang budak-budak kita bagi soalan, dia bagi
jawapan sampai 47. Sampai kita kata “okay berhenti, jangan bagi jawapan dah, Letih
cikgu nak dengar”. Jadi ada budak-budak macam tu sampai sekarang ini ya. Dia
dah lebih ke hadapan. Sebab dia dah ada dunia digital ini masing-masing ada dah
telefon mudah alih, telefon bimbit masing-masing dalam beg. Kadang-kadang
telefon mereka lebih mahal daripada telefon kita. Bertabahlah kita ya. Jadi
pastikan pernyataan masalah ini betul. Tak perlu panjang lebar. Kerana apa yang
terdapat dalam rujukan dalam ini dan dalam ini semuanya ada huraian yang lebih
panjang lebar dalam bab dua. Jadi, pernyataan masalah yang ini perlu ada lah
dalam bab 2. Tak boleh la awak ada nama-nama ini, kemudian pemeriksa kata mana
pergi nama-nama yang awak dah kata dalam pernyataan masalah dah tidak ada dalam
bab 2. Tak boleh. Ini secara ringkas. Yang dikatakan tentang pernyataan masalah
ini. Ini kita kata secara terperinci seluruh-seluruhnya. Tentang orang ini,
Normaliza Abd Rahim, 2019 kajian dia secara menyeluruh. Ini dengan panjang
lebar. Jadi maknanya, kena ada la. Yang ini nama yang awak sorot sini, ambik di
sini mesti ada dalam ini. Pastikan betul pernyataan masalah ini. Amat penting.
Jadi biasanya, pelajar didapati bahawa agak sukar untuk menulis pernyataan
masalah. Jadi sekarang bila dah belajar ini, dah tidak ada masalah.
2.PROBLEM
STATEMENT/RESEARCH PROBLEM (CHAPTER 1) #JOMTULISTESIS
No comments:
Post a Comment