Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA'

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.


Setiap pagi haziq akan membantu ibunya di halaman rumah. Haziq merupakan pelajar tahun tiga jadi dia akan bersekolah pada waktu petang. Pada waktu pagi Haziq akan mengutip daun-daun kering untuk dibakar. Ibunya akan menyiram pokok bunga dan menyidai kain. Keluarga haziq merupakan sebuah keluarga yang sangat mementingkan kebersihan kawasan persekitaran dan diri. Ibu bapanya sudah mendidik haziq dan abangnya sejak dari kecil lagi. Oleh itu, ibunya akan memastikan keadaan rumah mereka akan sentiasa bersih dan tersusun. Selain itu, haziq juga suka membantu ayahnya setiap kali musim cuti seperti mencuci kereta dan membersihkan kebun sayur dibelakang rumah. Haziq dan abangnya mempunyai hubungan yang sangat akrab memandangkan mereka hanya berdua. Mereka sentiasa meluangkan masa bersama di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti. Haziq tidak mempunyai ramai kawan hanya abangnya yang sentiasa ada mendengar cerita atau memberikan nasihat. Abangnya bernama Kemal merupakan seorang yang sangat penyayang dan bijak. Oleh itu, haziq menjadikan abangnya sebagai idola . Ibu dan bapa haziq sentiasa berpesan kepada anak-anak untuk sentiasa melindungi antara satu sama lain supaya dapat mengekalkan keharmonian dalam sebuah keluarga. Oleh itu, mereka jarang bergaduh. Haziq sentiasa bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni setiap ahli keluarga hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment