6.3 : GRAF PEMBELAJARAN TEKNOLOGI
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019),
keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog
iaitu pengajian kesusateraasn, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.
Berdasarkan graf 6.1. keputusan dan perbincangan menunjukkan peratus blog dalam
pengajian kesusasteraan. Graf ini menunjukkan 4 jenis penulisan iaitu puisi,
cerpen , skrip drama dan pantun. Penulisan puisi menunjukkan peratus wanita
lebih tinggi berbanding lelaki. Mereka menggunakan blog untuk menulis puisi dan
sajak. Menulis dalam blog bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan tetapi juga
dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran. Untuk cerpen
pendek menunjukkan peratus wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Cerpen
pendek didapati mampu meningkatkan kemahiran menulis. Seterusnya, menulis skrip
juga mempunyai peratusan tinggi bagi pihak perempuan. Mereka menyatakan menulis
skrip dapat membantu mereka berimaginasi. Selain itu, menunjukkan bahawa
responden wanita lebih ramai gemar menulis pantun. Mereka lebih selesa menulis
pantun bagi meninggalkan pesanan untuk rakan-rakan. Seterusnya, penulisan blog
telah dipilih sebagai alat pembelajaran bahasa. Graf 6.2 menunjukkan peratusan
cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang terdiri daripada penulisan
surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Graf ini menujukkan peratusan
wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki kerana wanita suka menulis surat
kepada teman istimewa dan kedua ibu bapa mereka. Menulis adalah cara meluahkan
perasaan menujukkan peratus wanita lebih tinggi kerana kerana blog dianggap
sebagai ruangan peribadi. Menulis teka-teki menujukkan peratusan wanita
tinggi.Hal ini demikian kerana mereka suka menerima komen daripada orang ramai.
Di dalam graf 6.3 menujukkan proses pembelajaran teknologi. Wanita dan lelaki
suka memasukkan video di blog untuk dilihat oleh rakan-rakan. Responden wanita
dan lelaki juga menujukkan peratus yang tinggi mengenai meletakkan audio di
blog. Pelajar lelaki menyatakan mendengar lagu dapat membantu mereka menulis
dengan aktif dan kreatif. Wanita lebih gemar memuat naik gambar berbanding
lelaki. Gambar dalam blog membantu mereka meningkatkan motivasi dalam diri. Ketiga-tiga
graf menunjukkan wanita lebih cenderung menulis pelbagai genre blog berbanding
lelaki.
RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
|
No comments:
Post a Comment