Friday, March 6, 2020

BBM3410satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dengan penggunaan kamera dan video.

Terdapat lima asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

MUDAH
Mudah didefenisikan sebagai gambaran orang atau objek yang mudah difahami orang yang melihat gambaran tersebut. Contohnya : sekeping foto buah-buahan. Seseorang yang melihat foto itu dapat mengetahui bahawa itu gambaran buah-buahan.

WARNA
Warna merupakan kombinasi warna yang terdapat di dalam foto atau video. gambaran yang cantik seharusnya hanya mempunyai tiga warna sahaja.

TEKS
Teks merujuk kepada jenis dan saiz font untuk mencantikkan grafik. Teks dianggap sebagai penerangan terhadap grafik. kesesuain warna teks juga penting.

KESESUAIAN
Kesesuain grafik dapat diukur melalui latar iaitu latar tempat, latar masa, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu gambaran. Contohnya, latar belakang pantai yang mempunyai sampan.

KESEIMBANGAN
Keseimbangan dalam grafik dapat ditentukan melalui ruang. Untuk mendapatkan ruang yang tepat atau seimbang jurugambar boleh menggunakan 'rule of third'.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment