- Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
- Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
- Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menghuraikan penulisan anda.
- Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
- Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
- Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
- Dapat dibaca dan difahami
- Dapat berkomunikasi dengan pembaca
- Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
- Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Cara penulisan blog yang baik memerlukan tajuk yang boleh menarik minat pembaca. Tajuk yang bergaya dan terkini dapat menarik tumpuan pembaca. Setiap penulisan blog memerlukan jenaka atau unsur humor yang dapat memikat hati pembaca. Contoh unsur humor yang sesuai ialah pantun jenaka, sajak atau gambar-gambar yang menarik. Penulisan blog yang sentiasa mengikuti isu terkini dapat mengekalkan pengikut atau pembaca. Isu penulisan yang menganggu sensitiviti sesetengah pihak tidak sesuai dijadikan sebagai penulisan. Contohnya , penulisan yang bertujuan melaga-lagakan masyarakat atau menyebarkan aib orang lain. Bahan rujukan atau bahan rangsangan yang digunakan hendaklah tepat serta bukan bahan rekaan. Laras bahasa yang digunakan mestilah laras yang mudah difahami dan sesuai dengan pembaca majoriti. Contohnya , jika kebanyakkan pembaca adalah dalam kalangan pelajar. Penulis hendaklah menggunakan laras bahasa akademik. Setiap inti blog hendaklah mempunyai nilai murni atau pengajaran yang positif supaya dapat memberikan manfaat yang berguna kepada pembaca. Penulisan blog yang baik dapat melahirkan penulis yang berbakat. Penulisan di blog juga dapat mewujudkan keyakinan diri dalam diri seseorang terutamanya orang yang tidak suka bersosial. Melalui penulisan blog mereka dapat meluahkan pendapat atau perasaan tanpa dikenali masyarakat atau bimbang identiti mereka diketahui.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog writing Embracing the Technology.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Medial Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment