Friday, February 21, 2020

KELUARGA SAYA

Keluarga merupakan anugerah yang terindah dalam kehidupan. Setiap cabaran dalam kehidupan diharungi bersama-sama. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kecil dan bilangan ahli keluarga yang sedikit. Keluarga saya mempunyai 5 orang ahli keluarga iaitu Ayah, ibu, kakak, dan, abang. Nama ayah saya ialah Muhammad Asri bin Abdullah. Ayah saya bekerja sebagai jurutera elektronik. Dia berasal daripada Muar, Johor Bharu. Nama ibu saya ialah Azlina binti Mohd Aris. Ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Ibu saya menetap di Seri Kembangan sejak kecil lagi. Dalam keluarga saya mempunyai 3 orang adik beradik. Kakak, abang dan saya sendiri. Nama kakak saya Ashikien. Dia berumur 25 tahun dan hanya duduk dirumah supaya dapat menjaga ibu yang tidak berapa sihat. Abang saya bernama Azizi. Dia berumur 22 tahun. Abang saya bekerja dia hotel Freser Resident di Kuala Lumpur. Azizi menetap di Ampang kerana memudahkan dia untuk pergi ke kerja menggunakan KTM . Saya dan abang dilahirkan di Hospital Kajang hanya kakak di lahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Antara abang dan kakak, saya mempunyai hubungan erat dengan abang walaupun kadang-kadang bergaduh.
Saya berharap walaupun mempunyai ahli keluarga yang sedikit kami akan sentiasa bersama-sama menjaga kebahagiaan dan melindungi antara satu sama lain.  Semoga mak akan sembuh daripada sakit dan sihat sentiasa. 💗

No comments:

Post a Comment