Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: SINOPSIS CERITA SOSIAL 1

Alim merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan suka akan haiwan. Alim suka pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang. Di kampung Alim terdapat Itik dan Ayam. Tiba sahaja di sana Alim menangis kerana tidak nampak ayam dan itik di reban milik datuknya. Alim dipujuk oleh neneknya dan diberitahu ayam dan itik telah berpindah ke reban yang baharu. Alim berasa janggal setibanya di kampung kerana keadaan rumah telah berubah. Lalu , dia pun menangis. Neneknya memujuk Alim lagi sekali dengan menceritakan tentang perabot seperti sofa , kerusi dan almari kepada Alim. Alim kembali ceria. Ibu dan nenek berasa risau terhadap Alim kerana asyik menangis pada hari tersebut. Namun, kelihatan Alim bergelak tawa bersama kakak dan abangnya di ruang tamu sambil menonton televisyen.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

2 comments: