Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA'

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.


Setiap pagi haziq akan membantu ibunya di halaman rumah. Haziq merupakan pelajar tahun tiga jadi dia akan bersekolah pada waktu petang. Pada waktu pagi Haziq akan mengutip daun-daun kering untuk dibakar. Ibunya akan menyiram pokok bunga dan menyidai kain. Keluarga haziq merupakan sebuah keluarga yang sangat mementingkan kebersihan kawasan persekitaran dan diri. Ibu bapanya sudah mendidik haziq dan abangnya sejak dari kecil lagi. Oleh itu, ibunya akan memastikan keadaan rumah mereka akan sentiasa bersih dan tersusun. Selain itu, haziq juga suka membantu ayahnya setiap kali musim cuti seperti mencuci kereta dan membersihkan kebun sayur dibelakang rumah. Haziq dan abangnya mempunyai hubungan yang sangat akrab memandangkan mereka hanya berdua. Mereka sentiasa meluangkan masa bersama di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti. Haziq tidak mempunyai ramai kawan hanya abangnya yang sentiasa ada mendengar cerita atau memberikan nasihat. Abangnya bernama Kemal merupakan seorang yang sangat penyayang dan bijak. Oleh itu, haziq menjadikan abangnya sebagai idola . Ibu dan bapa haziq sentiasa berpesan kepada anak-anak untuk sentiasa melindungi antara satu sama lain supaya dapat mengekalkan keharmonian dalam sebuah keluarga. Oleh itu, mereka jarang bergaduh. Haziq sentiasa bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni setiap ahli keluarga hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


Monday, February 24, 2020

 Assalamualaikum , pada hari isnin (minggu ke - 2). Kami telah menjalankan aktiviti berkaintan asas grafik. Terdapat 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Kami ditugaskan untunk menghasilkan buku gambar dan gambar - gambar di dalam buku hendaklah mempunyai 5 elemen asas grafik
1 : MUKA HADAPAN
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

GAMBAR 1

GAMBAR 2


GAMBAR 3

DIPERIKSA 💯


TIADA TAJUK PRODUCTION.

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI


ASAS FOTOGRAFI : 24/2/2020 (ISNIN)
TIADA TAJUK PRODUCTION.
MUG SHOT : ARDILLA ASRI
MUG SHOT : ARDILLA ASRI
MUG SHOT : EMMY

MUG SHOT : EMMY


MUG SHOT : SYAFIKA RAPOL

MUG SHOT : SYAFIKA RAPOL

MUG SHOT : ZULFADHLI

MUG SHOT : ZULFADHLI


MUG SHOT : HUSNINA

MUG SHOT : HUSNINA 

MUG SHOT : ABIDIN

MUG SHOT : ABIDIN

MUG SHOT : AQILAH HANIS

MUG SHOT : AQILAH HANIS


MUG SHOT : RASYIDAH

MUG SHOT : RASYIDAH

MUG SHOT : HAZIQ

MUG SHOT : HAZIQ



CLOSE UP : MATA NINA

CLOSE UP : BUNGA DI FBMK

MEDIUM SHOT : KAFETERIA SERUMPUN

MEDIUM SHOT : PERPUSTAKAAN

LONG SHOT : PEMANDANGAN DARI KOLEJ P3 SERUMPUN

LONG SHOT : PEMANDANGAN ADA MANUSIA DI PERPUSTAKAAN
PORTRAIT : SELURUH ANGGOTA BADAN
MODEL : RASYIDAH

PORTRAIT : WAJAH
MODEL : RASYIDAH


Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Pada hari ahad, bapa Alim membawa pulang buah-buahan yang dibeli di pasar tani. Alim , Imran dan Madinah menikmati buah- buahan seperti duria, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Ibu telah menyediakan bakul untuk mereka membuang sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Alim teringat akan jirannya Sulaiman dan ingin memberikan sedikit buah kepada dia. Ibu memberitahu dia nampak Sulaiman sedang menyiran pokok bunga di luar rumah. Ibu memberikan plastik yang berisi buah rambutab dan maggis. Alim memberikan plastik berisi buah kepada Sulaiman. Sulaiman gembira dan tersenyum. Selesai makan, Alim menolong abang dan kakak mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi berkawan dengan anaknya. Alim memberitahu Mak cik Timah bahawa dia seorang yang baik dan Sulaiman juga seorang yang baik. Dia berasa terharu dan gembira. Mak Timah mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.





RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.





KELUARGA SAYA

Keluarga merupakan anugerah yang terindah dalam kehidupan. Setiap cabaran dalam kehidupan diharungi bersama-sama. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kecil dan bilangan ahli keluarga yang sedikit. Keluarga saya mempunyai 5 orang ahli keluarga iaitu Ayah, ibu, kakak, dan, abang. Nama ayah saya ialah Muhammad Asri bin Abdullah. Ayah saya bekerja sebagai jurutera elektronik. Dia berasal daripada Muar, Johor Bharu. Nama ibu saya ialah Azlina binti Mohd Aris. Ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Ibu saya menetap di Seri Kembangan sejak kecil lagi. Dalam keluarga saya mempunyai 3 orang adik beradik. Kakak, abang dan saya sendiri. Nama kakak saya Ashikien. Dia berumur 25 tahun dan hanya duduk dirumah supaya dapat menjaga ibu yang tidak berapa sihat. Abang saya bernama Azizi. Dia berumur 22 tahun. Abang saya bekerja dia hotel Freser Resident di Kuala Lumpur. Azizi menetap di Ampang kerana memudahkan dia untuk pergi ke kerja menggunakan KTM . Saya dan abang dilahirkan di Hospital Kajang hanya kakak di lahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Antara abang dan kakak, saya mempunyai hubungan erat dengan abang walaupun kadang-kadang bergaduh.
Saya berharap walaupun mempunyai ahli keluarga yang sedikit kami akan sentiasa bersama-sama menjaga kebahagiaan dan melindungi antara satu sama lain.  Semoga mak akan sembuh daripada sakit dan sihat sentiasa. 💗

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Gambar di atas menunjukkan jawapan bagi soalan aktiviti 2 daripada Buku Media Sosial. Soalannya ialah apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?

NAMA : ARDILLA BINTI MUHAMMAD ASRI
NO MATRIK : 199797

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

KERJA BERKUMPULAN : TIADA TAJUK PRODUCTION
TAJUK : ASAS GRAFIK
HARI: ISNIN (17/2/2020)
MASA : 10:30 AM - 12:15 TENGAH HARI.

Kami telah berbincang dan melakukan pemilihan gambar yang menepati 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Majalah yang kami gunakan ialah e-pop. Setiap ahli kumpulan telah diberi tugas masing-masing supaya dapat menyelesaikan tugasan tepat pada masanya.








BBM3410Satu2020: Blanket Test

Pada 17/2/2020 (Isnin) kelas Multimedia telah mengadakan Blanket Test. Terdapat tiga soalan yang ahli kumpulan saya berjaya jawab.

Soalan 1 :
Berapakah elemen kepentingan asas grafik ?

5 elemen asas grafik - syafika rapol

Soalan 2 :

Berikan 1 elemen asas grafik dalam gambar 1?

Asas grafik Teks - Haziq 

Soalan 3 :

Beikan 1 elemen asas grafik dalam gambar 2?

Asas grafik Kesesuaian - Zulfadhli

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: SINOPSIS CERITA SOSIAL 1

Alim merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan suka akan haiwan. Alim suka pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang. Di kampung Alim terdapat Itik dan Ayam. Tiba sahaja di sana Alim menangis kerana tidak nampak ayam dan itik di reban milik datuknya. Alim dipujuk oleh neneknya dan diberitahu ayam dan itik telah berpindah ke reban yang baharu. Alim berasa janggal setibanya di kampung kerana keadaan rumah telah berubah. Lalu , dia pun menangis. Neneknya memujuk Alim lagi sekali dengan menceritakan tentang perabot seperti sofa , kerusi dan almari kepada Alim. Alim kembali ceria. Ibu dan nenek berasa risau terhadap Alim kerana asyik menangis pada hari tersebut. Namun, kelihatan Alim bergelak tawa bersama kakak dan abangnya di ruang tamu sambil menonton televisyen.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: PENULISAN BLOG

10 Cara-cara Membuat blogspot yang baik :


  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
  2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menghuraikan penulisan anda.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini 
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. Dapat dibaca dan difahami
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.   
Cara penulisan blog yang baik memerlukan tajuk yang boleh menarik minat pembaca. Tajuk yang bergaya dan terkini dapat menarik tumpuan pembaca. Setiap penulisan blog memerlukan jenaka atau unsur humor yang dapat memikat hati pembaca. Contoh unsur humor yang sesuai ialah pantun jenaka, sajak atau gambar-gambar yang menarik.  Penulisan blog yang sentiasa mengikuti isu terkini dapat mengekalkan pengikut atau pembaca. Isu penulisan yang menganggu sensitiviti sesetengah pihak tidak sesuai dijadikan sebagai penulisan. Contohnya , penulisan yang bertujuan melaga-lagakan masyarakat atau menyebarkan aib orang lain. Bahan rujukan atau bahan rangsangan yang digunakan hendaklah tepat serta bukan bahan rekaan. Laras bahasa yang digunakan mestilah laras yang mudah difahami dan sesuai dengan pembaca majoriti. Contohnya , jika kebanyakkan pembaca adalah dalam kalangan pelajar. Penulis hendaklah menggunakan laras bahasa akademik. Setiap inti blog hendaklah mempunyai nilai murni atau pengajaran yang positif supaya dapat memberikan manfaat yang berguna kepada pembaca. Penulisan blog yang baik dapat melahirkan penulis yang berbakat. Penulisan di blog juga dapat mewujudkan keyakinan diri dalam diri seseorang terutamanya orang yang tidak suka bersosial. Melalui penulisan blog mereka dapat meluahkan pendapat atau perasaan tanpa dikenali masyarakat atau bimbang identiti mereka diketahui.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog writing Embracing the Technology.
  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Medial Sosial. Terengganu: Universiti
  Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: TENTANG DIRI