Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


Berdasarkan cerita sosial 5 terdapat 3 nilai yang saya peroleh iaitu nilai membaca, berkongsi dan menemani (prihatin). Nilai membaca yang diamalkan oleh Alim hendaklah diterapkan dalam diri pembaca. Seseorang yang suka membaca akan memperoleh ilmu yang lebih daripada yang hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah. Selain itu, nilai berkongsi, Alim suka berkongsi buku dengan Sulaiman. Sikap suka berkongsi apa sahaja dengan orang lain dapat mengeratkan silaturahim dan pintu rezeki juga akan terbuka luas. Seterusnya, nilai menemani yang lebih tepat prihatin. Keluarga Alim sanagt prihatin semasa Alim jatuh sakit. Sikap ini dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga. Sikap prihatin juga dapat meningkatkan rasa empati yang tinggi. 

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment