Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


Berdasarkan cerita sosial 4 yang bertajuk hati, terdapat 3 nilai yang diperoleh iaitu berdikari , menghormati orang tua dan baik hati. Cerita ini menyatakan Alim seorang yang pandai berdikari kerana diajar oleh ibu dan ayahnya. Dia melakukan persiapan ke sekolah tanpa perlu dibantu oleh ibunya. Untuk menjadi seorang berkebolehan dalam mengurus kehidupan diri mereka hendaklah belajar untuk berdikari.

Seterusnya, Nilai menghormati orang tua. Alim diajar oleh cikgunya untuk sentiasa menghormati orang tua. Orang muda hendaklah sentiasa menghormati orang yang lebih tua seperti bersalaman, mengucapkan terima kasih supaya dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi akan datang. 
Nilai hormat menghormati antara satu sama lain dapat mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera. 

Selain itu, Nilai baik hati. Cikgu Anis seorang yang baik hati disebabkan itu dia disukai ramai pelajar. Nilai baik hati perlu ada dalam diri seseorang supaya orang sentiasa menghormati, berbuat baik kepada diri kita. Nilai ini juga dapat melahirkan seseorang yang mempunyai sifat memahami yang tinggi.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment