Terdapat tiga nilai yang saya senaraikan daripada cerita sosial 3 iaitu nilai tolong menolong, kasih sayang dan rajin. Alim dilahirkan dalam keluarga yang suka tolong menolong antara satu sama lain. Dia dan adik beradiknya sentiasa tolong ibu bapa mereka membersihkan rumah. Keluarga yang saling tolong menolong antara satu sama lain dpat mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera. Selain itu, cerita ini juga menunjukkan nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga. Alim menyatakan bahawa dia sangat menyayangi keluarganya. Nilai kasih sayang merupakan antara nilai yang penting bagi sebuah keluarga. Seterusnya, Nilai rajin, Alim, abang dan kakaknya rajin membantu ibu bapa mereka melakukan kerja rumah. Alim tidak kekok membantu ibunya dan ayahnya setiap hari.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment