Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2


Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat 3 nilai yang dapat saya senaraikan iaitu nilai kebersihan, berbudi bahasa dan tolong menolong. Nilai kebersihan ditunjukkan oleh ibu Alim sewaktu memberikan pesanan kepada anak-anaknya untuk membuang sisa buah-buahan yang dimakan ke dalam plastik sampah. Nilai kebersihan merupakan antara nilai yang penting dalam kehidupan manusia supaya dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit. Selain itu, nilai berbudi bahasa. Nilai ini ditunjukkan oleh Sulaiman dengan mengucapkan terima kasih sewaktu Alim memberikan buah-buahan kepadanya. Berbudi bahasa antara satu sama lain merupakan satu aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera. Akhir sekali, nilai tolong menolong. Alim seorang anak yang rajin menolong. Dia dan adik-beradiknya rajin membantu bapa mengemas rumah supaya dapat meringankan beban ibunya. Sikap tolong menolong dalam sesebuah keluarga merupakan salah satu sikap yang penting bagi mewujudakan sebuah keluarga yang bahagia dan bersatu padu.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment