Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini.

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kepada pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

RUMUSAN :
Menurut Normaliza Abd Rahim (2017) penulisan individu memberi kesan terhadap proses penulisan pelajar. Mereka akan menghadapi cabaran seperti kurang keyakinan semasa menulis dan bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya. Kurang keyakinan semasa menulis mungkin berpunca daripada kekurangan ilmu bahasa atau tatabahasa. Mereka berasa risau atau tidak yakin apabila menggunakan satu perkataan bimbang akan pengunaan yang salah. Sikap kurang yakin menyebabkan mereka akan berfikiran negatif apabila orang lain membaca hasil penulisan mereka. Pelajar boleh meningkatkan keyakinan menulis dengan membaca buku-buku ilimiah supaya penggunaan tatabahasa semakin baik. Mereka juga boleh mendapatkan tunjuk ajar pensyarah melalui komen-komen yang diberikan. Seterusnya, menurut Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) pelajar lebih suka penglibatan secara terus dalam aktiviti kerana mereka lebih fokus pada proses pembelajaran. Penglibatan secara terus dapat melahirkan pelajar yang aktif dan mempunyai keyakinan dalam mengeluarkan pendapat dan berkomunikasi dengan rakan sekelas. Pembelajaran secara terus dapat mengelak salah faham dalam pelajaran. Pelajar dapat berkomunikasi secara terus dengan pensyarah sekiranya menghadapi masalah untuk memahami sesuatu yang dipelajar. Pensyarah juga dapat memahami rentah pelajar semasa di dalam kelas. Pembelajaran secara terus dapat mengelakkan kebosanan. Pelajar akan berasa seronok mengikuti kelas kerana dapat melakukan aktivti bersama rakan-rakan kelas. Tekanan yang dihadapi di luar kelas juga dapat dilupakan sementara kerana lebih fokus kepada aktiviti yang dijalankan.


RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment