Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: PETA MINDA JENIS SHOT DAN RULE OF THIRDS (BUKU MULTIMEDIA)


BAHAGIAN A



RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BAHAGIAN B

Rule of thirds merupakan satu asas teknik fotografi yang penting. Rule of thirds digunakan untuk mengenal pasti keseimbangan gambar. Rule of thirds dapat digunakan apabila ia terpapar di atas skrin LCD telefon atau kamera. Ia terbahagi kepada 9 kotak. Unsur yang hendak difokuskan akan diletakkan di atas garisan atau titik pada rule of thirds. Juru gambar perlu mendapatkan posisi atau kedudukan yang terbaik dan tepat untuk mendapatkan komposisi gambar yang terbaik. Teknik Rule of thirds dapat membantu jurugamabr mendapatkan gambar yang seimbang. Kesimbangan gamabr dapat ditentukan melalui bahagia atas, bawah, kiri dan kanan objek. Rule of thirds perlu digunakan semasa mengambil gambar permandangan atau objek manusia supaya elemn-elemen asas seperti warna, ruang dan kesimbangan dapat ditonjolkan. Rule of thirds dapat menghasilkan gambar yang cantik dan mempunyai komposisi yang tepat. Hal ini demikian kerana, sesebuah gambar dianggap sempurna sekiranya elemen-elemen asas dapat ditunjukkan oleh jurukamera. Rule of thirds juga sesuai digunakan semasa berswafoto. Kedudukan wajah pada garis pertama dari bawah dapat menampakkan keseimbangan gambar. Kedudukan wajah juga akan nampak lebih cantik kerana tidak kelihatan terlalu besar atau terlalu kecil. Permandangan di belakang juga akan nampak lebih jelas. Kesimpulannya, Rule of thirds merupakan salah satu asas yang terpenting dalam fotografi kerana ia membantu jurugambar menghasilkan gambar yang lebih sempurna.



RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment