Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: PETA MINDA JENIS SHOT DAN RULE OF THIRDS (BUKU MULTIMEDIA)


BAHAGIAN A



RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BAHAGIAN B

Rule of thirds merupakan satu asas teknik fotografi yang penting. Rule of thirds digunakan untuk mengenal pasti keseimbangan gambar. Rule of thirds dapat digunakan apabila ia terpapar di atas skrin LCD telefon atau kamera. Ia terbahagi kepada 9 kotak. Unsur yang hendak difokuskan akan diletakkan di atas garisan atau titik pada rule of thirds. Juru gambar perlu mendapatkan posisi atau kedudukan yang terbaik dan tepat untuk mendapatkan komposisi gambar yang terbaik. Teknik Rule of thirds dapat membantu jurugamabr mendapatkan gambar yang seimbang. Kesimbangan gamabr dapat ditentukan melalui bahagia atas, bawah, kiri dan kanan objek. Rule of thirds perlu digunakan semasa mengambil gambar permandangan atau objek manusia supaya elemn-elemen asas seperti warna, ruang dan kesimbangan dapat ditonjolkan. Rule of thirds dapat menghasilkan gambar yang cantik dan mempunyai komposisi yang tepat. Hal ini demikian kerana, sesebuah gambar dianggap sempurna sekiranya elemen-elemen asas dapat ditunjukkan oleh jurukamera. Rule of thirds juga sesuai digunakan semasa berswafoto. Kedudukan wajah pada garis pertama dari bawah dapat menampakkan keseimbangan gambar. Kedudukan wajah juga akan nampak lebih cantik kerana tidak kelihatan terlalu besar atau terlalu kecil. Permandangan di belakang juga akan nampak lebih jelas. Kesimpulannya, Rule of thirds merupakan salah satu asas yang terpenting dalam fotografi kerana ia membantu jurugambar menghasilkan gambar yang lebih sempurna.



RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020 : Tugasan Buku Kajian Wacana san Strategi Komunikasi

BAHAGIAN A


STRATEGI KESOPANAN BROWN & LEVINSON (1987)

Bald on-recond
Contoh: 

  • Bersedia!
  • Dengar sini. 
  • Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
  • Jemput  makan.

Kesopanan Negatif :
Contoh :

  • Mungkin dia yang mengambil kotak itu, 
  • Mungkin!
  • Tolong berikan saya pinggan putih itu. 
  • Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan? 
  • Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Kesopanan Positif :
Contoh:

  • Kamu nampak sugul.
  •  Boleh saya tolong? Boleh saya pinjam seratus ringgit? 
  • Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.


Off-record  :
Contoh :

  • Wah, semakin sejuk dalam bilik ini. 
  •  Mahal betul harga kasut di sini. 
  • Cantik baju kamu

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



BAHAGIAN B

RINGKASAN CERITA SOSIAL 2


Pada hari ahad, bapa Alim membawa pulang buah-buahan yang dibeli di pasar tani. Alim , Imran dan Madinah menikmati buah- buahan seperti duria, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Ibu telah menyediakan bakul untuk mereka membuang sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Alim teringat akan jirannya Sulaiman dan ingin memberikan sedikit buah kepada dia. Ibu memberitahu dia nampak Sulaiman sedang menyiran pokok bunga di luar rumah. Ibu memberikan plastik yang berisi buah rambutab dan maggis. Alim memberikan plastik berisi buah kepada Sulaiman. Sulaiman gembira dan tersenyum. Selesai makan, Alim menolong abang dan kakak mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi berkawan dengan anaknya. Alim memberitahu Mak cik Timah bahawa dia seorang yang baik dan Sulaiman juga seorang yang baik. Dia berasa terharu dan gembira. Mak Timah mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.




RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

       



BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini.

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kepada pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

RUMUSAN :
Menurut Normaliza Abd Rahim (2017) penulisan individu memberi kesan terhadap proses penulisan pelajar. Mereka akan menghadapi cabaran seperti kurang keyakinan semasa menulis dan bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya. Kurang keyakinan semasa menulis mungkin berpunca daripada kekurangan ilmu bahasa atau tatabahasa. Mereka berasa risau atau tidak yakin apabila menggunakan satu perkataan bimbang akan pengunaan yang salah. Sikap kurang yakin menyebabkan mereka akan berfikiran negatif apabila orang lain membaca hasil penulisan mereka. Pelajar boleh meningkatkan keyakinan menulis dengan membaca buku-buku ilimiah supaya penggunaan tatabahasa semakin baik. Mereka juga boleh mendapatkan tunjuk ajar pensyarah melalui komen-komen yang diberikan. Seterusnya, menurut Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) pelajar lebih suka penglibatan secara terus dalam aktiviti kerana mereka lebih fokus pada proses pembelajaran. Penglibatan secara terus dapat melahirkan pelajar yang aktif dan mempunyai keyakinan dalam mengeluarkan pendapat dan berkomunikasi dengan rakan sekelas. Pembelajaran secara terus dapat mengelak salah faham dalam pelajaran. Pelajar dapat berkomunikasi secara terus dengan pensyarah sekiranya menghadapi masalah untuk memahami sesuatu yang dipelajar. Pensyarah juga dapat memahami rentah pelajar semasa di dalam kelas. Pembelajaran secara terus dapat mengelakkan kebosanan. Pelajar akan berasa seronok mengikuti kelas kerana dapat melakukan aktivti bersama rakan-rakan kelas. Tekanan yang dihadapi di luar kelas juga dapat dilupakan sementara kerana lebih fokus kepada aktiviti yang dijalankan.


RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita pendek)





RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

Monday, April 27, 2020

BBM3410Satu2020: PPT 1 & 2 MULTIMEDIA DALAM BAHASA


BAB 1 - PEKAKA BERCERITA : ANIMASI DAN LAGU CERITA RAKYAT MELAYU


BAB 2 : KONFLIK NILAI MELALUI TEKNOLOGI ANIMASI