Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020 : LIKE INSTAGRAM

Terima kasih prof sudi like gambar sayaa!! Baru bersemangat nak post banyak lagi gambar 🍂😹

Thursday, March 12, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik

Hasil usaha rakan- rakan saya bersama sama menyiapkan tugasan yang diberikan, hubungan semakin erat. Bergelak ketawa dan saling bantu antara satu sama lain. ♥️♥️♥️

Friday, March 6, 2020

BBM3410satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (INSTAGRAM)


BBM3410satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dengan penggunaan kamera dan video.

Terdapat lima asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

MUDAH
Mudah didefenisikan sebagai gambaran orang atau objek yang mudah difahami orang yang melihat gambaran tersebut. Contohnya : sekeping foto buah-buahan. Seseorang yang melihat foto itu dapat mengetahui bahawa itu gambaran buah-buahan.

WARNA
Warna merupakan kombinasi warna yang terdapat di dalam foto atau video. gambaran yang cantik seharusnya hanya mempunyai tiga warna sahaja.

TEKS
Teks merujuk kepada jenis dan saiz font untuk mencantikkan grafik. Teks dianggap sebagai penerangan terhadap grafik. kesesuain warna teks juga penting.

KESESUAIAN
Kesesuain grafik dapat diukur melalui latar iaitu latar tempat, latar masa, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu gambaran. Contohnya, latar belakang pantai yang mempunyai sampan.

KESEIMBANGAN
Keseimbangan dalam grafik dapat ditentukan melalui ruang. Untuk mendapatkan ruang yang tepat atau seimbang jurugambar boleh menggunakan 'rule of third'.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

BBM3410satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)

Struktur Makro Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topiktema suatu teks Superstruktur Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan Struktur Mikro Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977).


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Teori VanDijk (19977) dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran.

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




BBM3410satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) Strategi Pengelakan afau Pengurangan 2. Aengolakan topik Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Strategi Panpasan faanu ueyesuaM/uvegea 3. Parafrasa (Circumlocution) 4. Penghampiran 5. Penggunaan perkataan semma tujuan 6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage) 7. Penstrukturan semula/Penggumaan kaedah bukan bahasa (Use of non Ninguistic means) 8. Terjemahan literal 9. Pengantaralangsaan 10.Pertukaran kod 11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu 12. Penggunaan perkataan yang tiada makra/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices) .
Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

 Strategi Pengelakan afau Pengurangan

1. Pengabaian/ Peninggalan mesej

2. Pengolakan topik

Achievement or Compensatory Strategies

Pencapaian atau Strategi Panpasan

3. Parafrasa (Circumlocution)

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10.Pertukaran kod

11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices).




Menurut Normaliz Abd Rahim (2019) terdapat 10 teori pengelakkan dan pengurangan daripada  Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) iaitu  Pengabaian/ Peninggalan mesej, Pengolakan topik seperti (Achievement or Compensatory Strategies dan Pencapaian atau Strategi, Panpasan, Parafrasa (Circumlocution) , Penghampiran, Penggunaan perkataan semua tujuan, Cipta perkataan baharu (Word-coinage), Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means) , Terjemahan literal Pengantarabangsaan. Pertukaran kod, Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu dan Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices).


RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Gamba di atas menujukkan kesimpulan bagi Bab 4 Instagram Menyeronokkan. Instagram dapat membantu mempelajari cara merakam video dan menonton cerita pendek. Instagram juga membantu  mereka untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Instagram juga merupakan tempat untuk menyebarkan aura positif kepada penonton dengan cara menggunakan bahasa dan kelakuan yang baik.

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


GRAF 6.1 PENGAJIAN KESUSATERAAN
GRAF 6.2 : PEMBELAJARAN BAHASA

6.3 : GRAF PEMBELAJARAN TEKNOLOGI





Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusateraasn, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berdasarkan graf 6.1. keputusan dan perbincangan menunjukkan peratus blog dalam pengajian kesusasteraan. Graf ini menunjukkan 4 jenis penulisan iaitu puisi, cerpen , skrip drama dan pantun. Penulisan puisi menunjukkan peratus wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Mereka menggunakan blog untuk menulis puisi dan sajak. Menulis dalam blog bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan tetapi juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran. Untuk cerpen pendek menunjukkan peratus wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Cerpen pendek didapati mampu meningkatkan kemahiran menulis. Seterusnya, menulis skrip juga mempunyai peratusan tinggi bagi pihak perempuan. Mereka menyatakan menulis skrip dapat membantu mereka berimaginasi. Selain itu, menunjukkan bahawa responden wanita lebih ramai gemar menulis pantun. Mereka lebih selesa menulis pantun bagi meninggalkan pesanan untuk rakan-rakan. Seterusnya, penulisan blog telah dipilih sebagai alat pembelajaran bahasa. Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang terdiri daripada penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Graf ini menujukkan peratusan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki kerana wanita suka menulis surat kepada teman istimewa dan kedua ibu bapa mereka. Menulis adalah cara meluahkan perasaan menujukkan peratus wanita lebih tinggi kerana kerana blog dianggap sebagai ruangan peribadi. Menulis teka-teki menujukkan peratusan wanita tinggi.Hal ini demikian kerana mereka suka menerima komen daripada orang ramai. Di dalam graf 6.3 menujukkan proses pembelajaran teknologi. Wanita dan lelaki suka memasukkan video di blog untuk dilihat oleh rakan-rakan. Responden wanita dan lelaki juga menujukkan peratus yang tinggi mengenai meletakkan audio di blog. Pelajar lelaki menyatakan mendengar lagu dapat membantu mereka menulis dengan aktif dan kreatif. Wanita lebih gemar memuat naik gambar berbanding lelaki. Gambar dalam blog membantu mereka meningkatkan motivasi dalam diri. Ketiga-tiga graf menunjukkan wanita lebih cenderung menulis pelbagai genre blog berbanding lelaki.

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.